Thursday, 11 April 2019

Aulia Iman : Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2

Aulia Iman : Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2: RM 38 SM/ RM 38 SS Termasuk Pos BAB 1 “I tak fahamlah, kenapa nak hantar budak sekecil Darwish ke sekolah macam ni? Dekat area KL ...

Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2

RM 38 SM/ RM 38 SS Termasuk Pos


BAB 1
“I tak fahamlah, kenapa nak hantar budak sekecil Darwish ke sekolah macam ni? Dekat area KL tu bersepah sekolah yang lebih baik dan lebih bagus! Sekolah macam ni, apa yang dia dapat?” tempelak seorang gadis berjaya menarik perhatian sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain sepak takraw di padang berhampiran. Masing-masing berpaling ke arah datangnya suara itu.

Wednesday, 3 April 2019

ZINE & NOVEL BARU (PRE ORDER)



Untuk Tempahan Boleh Klik Link Berikut:






Blurb zine SELAMAT DATANG CINTA
Cinta pandang pertama? Mungkin bukan milik Jay, bukan juga milik Naurah.
Antara Jay dan Naurah, mereka hidup berjiran. Tidak pernah bersua muka dan tidak pernah ambil peduli hal jiran tetangga.
Namun satu kejadian, menjadi punca keduanya bersengketa.
"Hoi jiran! Bela kucing pandai, tahi kucing tak pandai pula kau nak buang!" - Jay
"Hoi jiran, itu bukan kucing akulah! Sedap-sedap je menuduh!" - Naurah
Jay menuduh Naurah sebagai tuan kucing yang tidak menghormati masyarakat sekeliling.
Naurah pula menganggap Jay, manusia yang tiada belas ehsan pada makhluk yang lemah.
Perbezaan itu menjadi punca persengketaan yang tidak pernah habis.
Suatu hari, Jay terhidu bau busuk yang datang dari rumah sebelah, iaitu rumah Naurah.
Pada firasat Jay, pasti ada mayat yang disembunyikan di rumah tersebut.
Sama ada Naurah yang menjadi dalang atau gadis itu yang menjadi mangsa. Jay tidak pasti kerana tiada petanda yang dapat memberi jawapan disebalik persoalan yang bermain di fikiran.
Tambahan pula, kelibat Naurah tidak kelihatan sejak akhir-akhir ini. Rumah itu sepi tanpa penghuni. Kucing-kucing jalanan yang selalu berkunjung di hadapan rumah itu juga seakan lenyap dari pandangan mata Jay.
"Mayat siapa yang ada dalam rumah tu?"- Jay
Antara rasa bimbang dan curiga, Jay paksa diri memecah pintu yang selama ini menjadi pemisah dua manusia yang tidak pernah bersua muka.
Hasil pertemuan itu membuatkan Jay terkedu dan kelu. Mulutnya bagai terkunci untuk terus bersuara. Apakah yang ditemui oleh Ayden Jayden?
Ketahui selanjutnya dalam zine Selamat Datang Cinta
Wasap kombo 
http://www.wasap.my/+60134239065/kombo 

Kombo Letop (1 novel 2 zine rm63 sm/ RM 67ss)

😊

100 gift percuma utk 100 pembeli terawal.

Aulia Iman Novelis

Friday, 8 February 2019

MY NEXT HUSBAND BAB 13 N 14


BAB 13

“Mama, kenapa ni? Sakit kaki ke?” dari dapur aku lihat mama memicit- micit kakinya sendiri. Di depan mama ternampak selonggok baju yang belum berlipat.
Seketika tadi aku baru selesai membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Penghuninya tidak ramai tetapi jumlah pinggan yang kotor persis rumah ini baru sahaja selesai mengadakan kenduri arwah.
“Boleh picitkan kaki mama?”
Aku tidak terus menjawab, hanya pamer senyuman lalu duduk dekat di sisi mama.
“Meh sini Rin picitkan.” Aku kulum senyuman. Lucu memanggil diri sendiri dengan panggilan Rin iaitu singkatan kepada Rindu.
“Rin?” wajah mama ceria dengan senyuman.
“Tapi itu la, bila guna nama ‘Rin’ rasa tak selesa pula.” Sahutku masih memicit-micit kaki mama.
“Mama pun tak biasa... rasa janggal pula bila panggil Sof dengan nama Rin.” Sudahnya kami sama-sama tergelak.
Beberapa saat kemudian, aku panggung wajah mama. Wanita ini masih cantik, anggun, dan kejelitaannya masih sama tidak berubah. Yang berbeza hanyalah pada kedut di wajah itu. Semakin ketara berbanding dahulu. Namun mama seorang yang positif. Kata mama, tidak perlu takutkan hari tua, kerana setiap manusia akan melalui kitaran hidup yang serupa.
“Mama…”
“Ya, Sof.”
“Err… rumah ni memang sunyi ke malam-malam?”
Mama pandang aku dengan mimik muka yang agak menyedihkan. Sayu pula hati aku.
“Beginilah keadaan mama hari-hari, Sof. Siang mereka pergi kerja, bila malam masing-masing terperap dalam bilik. Papa tentu-tentu di masjid.”
“Kesiannya mama... mama kena suruh Noah kahwin dan beri cucu pada mama. At least bila ada cucu mama taklah sunyi macam ni lagi.”
“Masalahnya Noah tak nak kahwin.”
“Kenapa ma? Noah dah hilang nafsu pada perempuan ke? Ehhh opsss... sorry mama.”
Aku tekup mulut sendiri. Ada ke patut kutuk anak orang depan muka mak dia? Ya Allah, teruklah kau ni Sof.
“Entah la... mama pun tak tahu Sof. Dulu pun Noah tak pernah sentuh Sof kan?”
Ha padan muka kau Rindu Sofrina. Gatal sangat mulut tu, tanya itu ini. Kan dah kena pada diri sendiri. Kan mama dah tanya bukan-bukan?!
“Err...”
“Tak sentuhkan?” ulang mama buat aku terkejut lalu menggeleng laju.
Uish, takkanlah hal sedalam itu mahu aku khabarkan. Senyap-senyap sudahlah. Lagi pula, sewaktu pengesahan lafaz cerai dahulu, hanya aku sahaja yang datang ke mahkamah kerana Noah tidak dapat dihubungi. Berbulan-bulan hinggakan waran tangkap dikeluarkan, namun batang hidung Noah tetap tidak kelihatan. Sudahnya, dengan bantuan peguam syarie, kes aku berjaya diselesaikan setelah setahun lebih tertunda.
Dengan tidak mendapat kerjasama Noah, aku terpaksa melafazkan sumpah Mardudah bagi mengakui bahawasanya bekas suamiku itu pernah melafaz talak terhadap diriku. Ketika itu juga, mama dan papa tiada di tanah air ketika sebutan kes itu berlangsung. Maka, rahsia terbesar itu hanya kekal menjadi rahsiaku sampai bila-bila.
“Ma... kenapa senyap?”
Serentak itu juga mama kembali menegakkan tubuh sambil berfikir-fikir.
“Mama terfikir apa yang Sof cakapkan tadi.”
“Er Sof tak sengaja ma.” Suaraku sudah separuh bimbang. Bimbang mama berkecil hati.
“Takpe... takpe... kalau betul Noah dah tak bernafsu pada perempuan, mama kena lakukan sesuatu.”
“Lakukan apa ni ma?” Risau pula aku bila lihat kelakuan mama yang seolah-olah sedang bercakap-cakap dengan diri sendiri. Entah apa pula agenda yang mama aturkan?!
“Sesuatu... tapi Sof kena tolong mama.” Mama pandang wajahku sambil menggenggam erat jari jemariku.
“Tolong? Tolong apa ni ma?” aku pura-pura tergelak walaupun tak wujud situasi lucu ketika ini.
“Sof goda Noah?”
“Hah, goda Noah???” hampir terbelalak mataku dan hampir keluar kerongkong dibuatnya tatkala mendengar permintaan mama.
Uish, tak boleh... tak boleh... aku tak mahu jadi isteri Noah buat kali kedua. Aku takut pisang berbuah dua kali kerana yang kedua biasanya tak semanis yang pertama.
“Sof, kahwinlah dengan Noah.”
“Kahwin? No... No... No...” aku gelak lagi. Gelak yang boleh membawa tangis tak berlagu.
“Sof tak suka Noah?”
“Ma... bukan Sof tak suka, tapi Noah yang benci dengan Sof.”
“Kalau mama berjaya pujuk Noah kahwin dengan Sof macam mana? Sof setuju tak?”
Aku menggeleng dengan senyuman supaya mama faham yang aku dan Noah tak mungkin bersatu atas tiket sebagai suami isteri untuk kali kedua. Tak mungkin! Itu yang pasti.
“Kenapa ni Sof... Sof ada lelaki lain ke?”
“Err bukan macam tu mama... Sof sebenarnya... sebenarnya...”
“Terima pinangan mama, please...”
Aku senyum tawar. Terima pinangan mama untuk Noah? Tak mungkin.
“Sof tak fikir nak kahwin lagi, ma? Sof masih muda dan masih belum capai cita-cita.”
“Dah kahwin pun Sof boleh kejar cita-cita tu, kan?”
Aku tunduk seraya melepas keluhan kecil. Rasanya lebih baik aku tukar topik lain.
“Mama... boleh Sof tanya sikit.”
“Nak ubah topiklah tu. Ha, Sof nak tanya apa? Tanyalah...”
Aku senyum dengan tekaan mama. Pandai betul baca hatiku, mujur mama sporting, sikit pun tidak memaksa untuk meneruskan perbualan yang jelas buat diriku tak selesa.
“Hari-hari ke mama sakit kaki?” Belum sempat soalan dijawab, suara itu lebih dahulu menerobos ke gegendang telinga.
“Mama... tak tidur lagi?” itu suara Noah.
Nada dia buat aku dan mama tersentak. Beberapa saat kemudian, lelaki itu sudah duduk di sofa bertentangan. Tak sempat aku untuk aku berlari dan menyembunyikan diri.
“Oh... inilah Rin yang mama maksudkan tadi? Rin, singkatan kepada Rindu? Ermmm, Rindu Sofrina. It’s true?”
Butir bicara Noah sinis bersama lirikan tajam. Aku buat-buat tak nampak sambil terus memicit kaki mama.
Kalau boleh halimunan, sudah lama aku jadi halimunan. Tidak pun, bertukar jadi sofa, pasu bunga atau penyendal pintu, atau apa-apa sakalah asalkan Noah tak nampak aku. Tapi apakan daya, semuanya sudah terlambat. Mata tajam dia lebih dahulu menikam seluruh susuk tubuh ini. Waktu begini terasa akulah manusia paling kerdil berdiri di hadapan raksasa bergigi taring namun berwajah kacak. OMG!
“Aduh aduh... slow sikit Sof. Sakit kaki mama...” urutan di kaki mama terlebih kuat. Aku hentikan picitan lalu memandang mama dengan wajah simpati dan bersalah. Semua ni takkan berlaku jika Noah tidak menyibuk duduk di sofa tempat kami berbual. Huh!
“Ops, sorry ma. Errr Sof minta diri dululah.” Baru hendak bangkit, suara Noah dah sampai ke cuping telinga.
“Duduk, jangan nak kemana-mana.”
“Jangan nak bergaduh dengan Sof.” Celah mama beri amaran kepada anak tunggalnya.
“Dia buat apa kat sini ma?”
“Mama yang suruh Sof datang.”
“Noah dengan Sof dah tak ada apa-apa hubungan. Dah lama berakhir, ma.”
“Memang Noah dengan Sof tak ada apa-apa hubungan, tapi hubungan antara mama dengan Sof tak pernah terputus. Dia tetap menantu mama dan mama dah anggap Sof sebagai anak mama sendiri.”
Come on mama... hal ni dah lama berlaku. Tolonglah terima kenyataan.”
“Memang mama dah lama terima kenyataan. Tapi sayang mama pada Sof sikit pun tak pernah berkurang.” Kata-kata mama buat hatiku tersentuh. Mama betul-betul sayangkan aku.
“Misal kata Noah kahwin, mama boleh sayang isteri Noah seperti mana mama sayangkan Sof?”
“Tak! Err mungkin.” Jawapan mama tidak konsisten.
See... Noah tahu that’s why susah Noah nak jumpa jodoh bila hati mama tak pernah nak restu dengan pilihan anak sendiri. Entah apalah yang ada pada dia sampai mama tak boleh nak pandang perempuan lain?!”
“Sof istimewa di hati mama. Sebab tu mama sayangkan dia.”
“Haih, entahlah! Noah pun tak tahu apa yang istimewanya Sof sampaikan mama boleh sayang dia melebihi sayang mama pada Noah.”
Noah bangkit dengan riak kecewa. Dengan langkah longlai, kedua-dua bahu jatuh dan wajah muram, Noah berjalan menuju ke dapur. Gaya bersahajanya seperti lelaki kalah judi. Alah, kalah dalam merebut kasih sayang mama je. Itupun nak sedih. Over tahu!
Sesudah Noah yang kacak bergaya itu pergi, aku menancap raut wajah mama.
“Ma...”
“Ya, Sof?”
“Tak patut mama cakap macam tu pada Noah. Buat didengar calon menantu mama tu nanti, mesti kecil hati dia, ma.” Ucapku perlahan.
“Siapa calon menantu mama tu?” Mama pula menyoal aku.
“Raisha, bukan dia sukakan Noah ke?”
“Oh Raisha. Itu bukan pilihan Noah... dia pilih yang lain, tapi mama tak berkenan.”
“Kesian dia ma.” Luahku sambil memandang dinding pemisah ruang tamu dengan ruang dapur di mana Noah berada di dalam sana.
“Biarkan dia. Pilih yang tak senonoh, manalah mama nak setuju. Mama suruh bawa balik calon menantu, dia bawa balik calon menantu hantu. Belum apa-apa dah pergunakan mama. Kek aunty sedap, kek aunty lazat, kek aunty rasa macam beli kat kedai. Kalau sekali dua boleh la mama layan, kalau dah setiap minggu nak makan kek, setiap kali datang bertandang nak makan kek itu, kek ini… mama yang sihat pun boleh jatuh tergolek.”
“Dia sukalah tu dengan kek mama.” Aku cuba mententeramkan mama.
“Suka pun berpada-padalah Sof. Ini bukan mama nak mengumpat ke apa ke… mama ni dah tua, kalau dia betul-betul teringin nak makan kek yang sedap macam mama masak tu, mama tak kesah. Mama aku-alukan lagi. Tapi sayang, calon menantu mama tu datang bila kek dah siap sedia untuk dipotong.
Itu mama tak kesah lagi. Yang mama kesah, lepas makan, dibiarkan mama yang tua kerepot ni mencuci pinggan di sinki. Bila mama siap cuci pinggan mangkuk, dia pun bersiap nak balik. Mama yang serupa lepat ni pula terpaksa kemas dapur, cuci perkakasan, simpan semula oven yang berat ke tempat asal. Mujur ada Noah tolong mana yang patut. Kalau tidak, serupa tongkang pecahlah dapur mama tu, Sof.”
“Ada tak Noah suruh girlfriend dia tolong mama?”
“Ada juga mama terdengar. Tak silap mama, Noah merungut pada budak tu, suruh tengok-tengok mama kat dapur. Tapi budak tu merajuk dan tarik muka. Sudahnya, Noah yang datang ke dapur tolong mama berkemas.”
“Wah, dahsyat juga tu mama. Baiknya Noah. Kalau dengan Sof dulu, asyik naik angin je dia.”
“Betul! Dalam lima tahun ni, dah banyak perubahan Noah. Tapi satu je yang mama tak berkenan. Calon isteri yang dia bawa balik ke rumah, semua berat tulang. Ish, tak mahulah kalau dapat menantu berat tulang memperhambakan mama. Jenuh mama nanti.” Adu mama panjang lebar. Rupa-rupanya ada sejarah pahit, wajarlah mama berhati-hati membenarkan Noah mencari calon isteri.
 Uhuk... uhuk... mama tiba -tiba terbatuk sesudah menghabiskan bicaranya.
“Siapalah yang sebut nama mama ni?” Mama usap dadanya.
“Mama okey? Mama nak air?”
“Boleh juga. Tolong buatkan milo panas untuk mama boleh? Mama nak makan ubat.”
Aku angguk walaupun timbul rasa lucu di benak hati. Ya tuhan, permintaan mama bersama taktik yang boleh tahan bijak. Alah, semua ni alasan mama untuk merapatkan aku dengan Noah. Tahulah anak ‘bujangnya’ ada di dapur. Sebab itulah mama tiba-tiba terbatuk lalu minta dibuatkan air. Bijak! Bijak!
“Kejap ya, ma.”
“Lama pun tak mengapa.” Sengih mama terbias sesudah itu. Aku hanya senyum sambil menggeleng kepala.


BAB 14

“Rajin datang ke sini?” Noah bersuara bersama wajah tanpa perasaan.
“Err nak lawat mama.”
Aku kerling lelaki itu melalui hujung mata. Noah sedang memegang sebiji gelas di tangan kanan manakala sebelah tangannya pula elok mendarat di atas kabinet dapur betul-betul bersebelahan penapis air Coway.
“Tumpang lalu boleh?”
“Tak boleh.”
“Ya Tuhan, nak tumpang lalu pun tak boleh?”
Tengok betapa sopan dan santunnya Rindu Sofrina bila berhadapan dengan bekas suami sendiri. Manalah nak cari perempuan sebaik dia? Tambah-tambah dalam zaman menuju Wawasan 2020, susah tahu tak, susah!
“Nak lalu kemana?”
“Nak ambil gelas dekat rak atas, kemudian gerak ke kiri sedikit untuk ambil air panas dan menuju ke sebelah kanan untuk bancuh milo mama. Serbuk milo dekat sebelah kiri awak iaitu kanan saya. Betulkan?” Lengkap aku luahkan kronologi yang aku cipta dalam hati sekejap tadi.
Dia diam lalu berganjak ke tepi. Dan aku pula terus melangkah melewati tubuhnya seraya menjingkitkan kaki cuba menggapai kole di atas sana. Namun, paras ketinggian yang tidak mencukupi, membantutkan tujuanku.
“Nah!” Noah gapai kole yang tersusun lalu menghulurkannya kepadaku.
“Terima kasih.” Ucapku pendek.
Noah sudah menjeling sipi-sipi ke arahku. Halkum dia seperti sedang bergerak-gerak ingin melontar bicara. Entah apalah yang ingin diucapkan lelaki ini?!
“Rugikan jadi orang pendek.”
Amboi dia, memang jenis tak sayang mulut! Suka hati dia je menghina fizikal aku yang comel ni. Tak jaga hati aku langsung. Eh sekejap, Noah mana pernah jaga hati aku. Yang dia tahu, aku yang seharusnya menjaga hati dia. Tak adil namun itulah hakikat sewaktu aku berkongsi kehidupan dengannya suatu ketika dahulu.
“Buat apa jadi tinggi, tapi berlagak nak mati.” Hamburku perlahan harap-harap dia tak dengarlah.
“Pardon? Kau cakap apa tadi?”
“Eh, awak dengar ke?”
“Kau ingat aku pekak?! Ulang semula apa yang kau cakap tadi?!’
“Saya kata, rugi jadi tinggi tapi susah nak cari size baju.” Balasku cepat-cepat.
Noah senyap tidak membalas apa-apa. Maknanya dia tak dengarlah aku mengutuk dia sekejap tadi. Hehehe. Ah, selamat kau Rindu Sofrina.
“Esok tak payah datang ke sini lagi?”
“Kenapa pula?” ajuku tak puas hati.
“Awak tu janda saya, ke...” Noah pusingkan tubuhnya memandang diriku sebelum menyambung bicara dengan penuh yakin.
“Ke... awak ada hati nak rujuk dan ajak saya bernikah sekali lagi?”
“Helo... tolong jangan perasan boleh tak?” jelik pula bila dengar telahan Noah yang bajet-bajet disukai ramai. Dia fikir aku terdesak sangat nak bernikah? Kalau aku mahu bernikah sekalipun, bukan dengan dia tapi dengan orang lain yang lebih elok perangainya.
“Eh? Tak ada lah ni?”
“Mestilah. Untuk apa kita bernikah kalau saya tahu nasib saya tak ubah seperti larva yang terkurung dalam kepompong?”
“Larva tak matang, mana boleh tinggalkan kepompong. Tak usah bermimpi seperti rama-rama kalau jadi larva yang sekejap pun awak tak mampu nak hadap. Duduk je dalam tu sampai reput.”
“Eh, apa-apalah.... saya tak ada masa nak layan pertanyaan awak.”
Tiba-tiba satu... dua... tiga... dan tepukan seterusnya bergema. Sudah kenapa pula Noah ni tepuk tangan. Rasanya mana ada aku buat lawak.
“How times flies. Dah pandai melawan ya? Tak solehah lagi ke?”
“Helo... awak bukan lagi suami saya. Jadi buat apa saya nak solehah pada awak. Kalau awak nak suruh saya sesolehah dahulu, jangan terlalu berharap. Saya takkan ulang semua kesilapan lalu untuk kedua kalinya. Saya harap awak faham yang saya takkan sesekali terima awak dalam hidup saya.”
“Kenapa? Serik?”
“Ya, memang saya serik. Serik sangat.”
Aku diam dan Noah juga diam. Tidak lama selepas itu Noah lepaskan keluhan kecil.
“Dah lewat... saya naik dulu.”
Gelas yang digunakan diletak ke dalam sinki lalu dia mengatur langkah untuk pergi.
“Excuse me Mr. Noah Safwan... your glass...” dia hentikan langkah lalu berpaling memandang ke arahku.
“My glass?” balasnya seperti tidak faham apa-apa.
“Siapa nak cuci ya?” jawabku sambil melirik ke arah gelas sebelum memandang semula wajahnya. Harap-harap dia fahamlah dengan maksud pandanganku ini.
“Oleh kerana awak di sini, saya perintahkan supaya awak cuci gelas tu. Okey, bye!”
Cis, dia pergi macam tu je? Ya Allah, dia tak pernah berubah seperti lima tahun yang lepas. Kuat memerintah, jujur dalam berkata-kata dan sinis jika itu yang dia tidak suka. Lelaki bona fide!

SAMBUNGANNYA ESOK. BUKU NI  DAH HABIS. BELUM REPRINT LAGI

MY NEXT HUSBAND BAB 11 & 12


LIMA TAHUN KEMUDIAN

BAB 11
Hari ini hari terakhir semester lima dan hari ini juga merupakan hari di mana mama meminta agar aku pulang ke rumahnya. Walaupun aku dan juga Noah sudah berpisah talak satu, kasih sayang serta layanan mereka terhadap diriku masih tidak berubah. Mereka tetap melayani aku persis akulah menantu kesayangan mereka.

MY NEXT HUSBAND 9 & 10


BAB 9
Hari pertama pendaftaran di kolej Matrikulasi Johor berjalan dengan lancar. Mama dan papa yang temankan aku. Noah pula tidak dapat dikesan, bila dihubungi selalunya talian tidak berjaya disambungkan. Tetapi yang hairan tu, Instagram lelaki itu sentiasa dikemaskini dengan gambar-gambar baharu. Melalui gambar yang dimasukkan ke dalam IG, lelaki itu kini sedang berada di sebuah pulau di Kepulauan Borneo. Pemandangan yang cantik, air laut yang hijau kebiru-biruan, batu karang yang indah, semuanya tentang percutian Noah tampak menyeronokkan.
“Maafkan mama dengan perlakuan Noah.”

MY NEXT HUSBAND 7 & 8


BAB 7
Mungkin inilah takdir buatku apabila aku telah pun sah menjadi milik seorang lelaki bernama Noah Safwan Bin Hardy Farhan.

Aulia Iman : Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2

Aulia Iman : Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2 : RM 38 SM/ RM 38 SS Termasuk Pos BAB 1 “I tak fahamlah, kenapa nak hantar bud...